Tuesday, December 15, 2015
Tuesday, May 12, 2015
BANGSA YANG MENUJU KEHANCURAN
Tanda-Tanda Satu Bangsa Di Kalangan Umat Yang Hendak
Menuju Kehancuran
- 1. Apabila pemimpin-pemimpin ditaati kerana takut, bukan kerana sayang dan dihormati. Di hadapan rakyat menggangguk, di belakangnya mengata dan mengutuk kerana pemimpinnya zalim.
- 2. Apabila para ulamanya di kalangan mereka ramai yang jahat-jahat, gila dunia dan mengampu orang-orang besar.
- 3. Apabila orang-orang kayanya tamak dan bakhil.
- 4. Ahli-ahli perniagaannya penipu dan memikirkan keuntungan semata-mata serta tidak memikirkan halal dan haram.
- 5. Apabila orang-orang miskin tidak sabar dan tidak redha.
- 6. Para wanitanya hilang malu. Seperti tidak segan-silu dan malu mendedahkan aurat.
- 7. Orang-orang mudanya tidak menghormati orang tua.
- 8. Anak-anak tidak menghormati ibu bapa.
- 9. Isteri-isteri tidak taat dengan suami.
- 10. Suami-suami dayus.
- 11. Murid-murid tidak hormat kepada guru.
- 12. Guru-guru tidak sayang kepada murid.
- 13. Banyak berlaku krisis dan perpecahan.
- 14. Apabila banyak berlaku perzinaan.
- 15. Apabila banyak berlaku bermuamalat dengan riba dan rasuah
- 16. Banyak berlaku jenayah seperti pergaduhan, pembunuhan, perompakan, pencurian.
- 17. Apabila ramai yang lebih cinta dunia daripada Akhirat.
- 18. Apabila ramai yang tidak bersembahyang dan membayar zakat.
- 19. Apabila hendak mengamalkan Islam secara syumul terlalu banyak rintangannya.
- 20. Orang baik sedikit, orang jahat ramai.
- 21. Perkara-perkara yang halal susah hendak dicari.
- 22. Apabila ilmu agama dijadikan wasilah untuk mencari kepentingan dunia.
- 23. Orang baik dianggap jahat, orang jahat dianggap baik.
- 24. Pemimpin bangsa itu adalah di kalangan orang jahat.
Subscribe to:
Posts (Atom)