Tuesday, May 12, 2015

BANGSA YANG MENUJU KEHANCURAN


 Tanda-Tanda Satu Bangsa Di Kalangan Umat Yang Hendak Menuju Kehancuran

  • 1.      Apabila pemimpin-pemimpin ditaati kerana takut, bukan kerana sayang dan dihormati. Di hadapan rakyat menggangguk, di belakangnya mengata dan mengutuk kerana pemimpinnya zalim.
  • 2.      Apabila para ulamanya di kalangan mereka ramai yang jahat-jahat, gila dunia dan mengampu orang-orang besar.
  • 3.      Apabila orang-orang kayanya tamak dan bakhil.
  • 4.      Ahli-ahli perniagaannya penipu dan memikirkan keuntungan semata-mata serta tidak memikirkan halal dan haram.
  • 5.      Apabila orang-orang miskin tidak sabar dan tidak redha.
  • 6.      Para wanitanya hilang malu. Seperti tidak segan-silu dan malu mendedahkan aurat.
  • 7.      Orang-orang mudanya tidak menghormati orang tua.
  • 8.      Anak-anak tidak menghormati ibu bapa.
  • 9.      Isteri-isteri tidak taat dengan suami.
  • 10.  Suami-suami dayus.
  1. 11.  Murid-murid tidak hormat kepada guru.
  • 12.  Guru-guru tidak sayang kepada murid.
  • 13.  Banyak berlaku krisis dan perpecahan.
  • 14.  Apabila banyak berlaku perzinaan.
  • 15.  Apabila banyak berlaku bermuamalat dengan riba dan rasuah
  • 16.  Banyak berlaku jenayah seperti pergaduhan, pembunuhan, perompakan, pencurian.
  • 17.  Apabila ramai yang lebih cinta dunia daripada Akhirat.
  • 18.  Apabila ramai yang tidak bersembahyang dan membayar zakat.
  • 19.  Apabila hendak mengamalkan Islam secara syumul terlalu banyak rintangannya.
  • 20.  Orang baik sedikit, orang jahat ramai.
  • 21.  Perkara-perkara yang halal susah hendak dicari.
  • 22.  Apabila ilmu agama dijadikan wasilah untuk mencari kepentingan dunia.
  • 23.  Orang baik dianggap jahat, orang jahat dianggap baik.
  • 24.  Pemimpin bangsa itu adalah di kalangan orang jahat.