Sunday, March 4, 2012

GARAM MINERAL SEBAGAI AMALAN KESIHATAN PENGHIDUP SUNNAH



GARAM MINERAL Sebagai AMALAN KESIHATAN PENGHIDUP SUNNAH


Saranan Nabi SAW ialah supaya memakan sedikit garam sebelum makan ini nampaknya berlawanan dengan pendapat perubatan moden yang menyatakan bahawa memakan garam berlebihan itu membahayakan kesihatan. Ini di sebabkan garam yang berada di dalam rumah kita dan sekeliling kita adalah GARAM BERKIMIA. Tetapi dengan ilmu metabolisme jasmani di zaman moden. Ini jelas mengesahkan bahawa nasihat Rasulullah SAW itu memang bijak dan tepat,sesuai dengan sains moden.

Perlu diketahui bahawa kesan yang membahayakan akibat terlalu banyak makan garam (berkimia yang ada di rumah kita) itu adalah kerana paras SODIUM naik tinggi bukannnya paras KLORIDA. Bahkan orang yang langsung tidak mengamal pengambilan MINERAL mungkin mendapat penyakit akibat kekurangan ASID HIDROKLORIK dalam badannya.


Sabda Rasulullah S.A.W, "Sesiapa yang memulakan makan dengan memakan SECUBIT GARAM, Allah akan hindarkan 330 jenis penyakit, yang paling kurang ialah gila, kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh ALLAH sahaja.”

Dengan mengambil sedikit MINERAL dan segelas air, tubuh kita akan mencuci dengan sendirinya secara keseluruhan,sel-sel badan akan dikembalikan, semua proses kehidupan akan diharmonikan , disusun dan dikuatkan semula dan banyak penyakit moden akan lenyap dalam masa itu dan dengan itu kehidupan kita akan menjadi lebih baik dan sihat.

No comments:

Post a Comment